AYAH pergi meninggalkan kami :'(
24 JANUARI 2019
Allah telah menjemput arwah bapa kembali ke pangkuan-Nya. Kami sekeluarga seperti di hempap batu besar ketika mendapat tahu bapa telah tiada.
Pada tengahri itu, bapa sedang bekerja dan kemudian memeritahu pekerja nya bahawa dia sakit dada dan meminta utk berehat seketika. Pak guard nampak bapa seperti baring dan sudah terlalu lama baring tidak bergerak. Staff di tempat bapa kerja pergi cek dan terus membawa bapa ke hospital. Belum pun sempat ke hospital, bapa telah menghembus nafas terakhir dalam kereta ketika dalam sedang perjalanan ke hospital :'(
Abang ipar dan mama bergegas ke hospital selepas diberitahu oleh pekerja bapa. Abg ipar call saya dan memberitahu bapa sudah pun meninggal. Telinga seakan pekak mendengar berita pahit itu. Sungguh, kaku diri ini mendengar ayat "meninggal" itu. Allahu, masih segar dalam ingatan kali terakhir melihat muka bapa yang tidak sedarkan diri. Tidur sambil senyum namun tidak akan bangun semula selamanya :'(
Luluh hati lihat mata mama bengkak sebab tidak berhenti menangis. Menitis airmataku melihat mama buatkan kopi kesukaan arwah bapa. Gugur semangar melihat buka tutup alas muka arwah bapa ketika berjaga, mama baring di sisi jenazah bapa dan meminta izin untuk tidur bersama jenazah untuk kali yang terakhir. Terluka hatiku melihat mama balik-balik menicum kaki arwah bapa meminta ampun. YA Allah, kau berikan lah aku dan keluarga ku kekuatan untuk menjalanan hidup ini Ya Allah. Ya Allah peliharalah ibuku. Kembalikan senyuman di bibir ibu ku.
Sehingga kini,
Masih terbayang tubuh mu di timbus tanah itu pak. Masih terbayang jenazahmu dimandikan dan disolatkan. Rebah tubuhku melihat bapa sendiri yang di kebumikan. Allah, hanya Engkau yang tahu betapa diri ini lemah menerima hakikat ini.
Duhai arwah bapa ku, aku doakan engkau tenang di sana. Aku doakan semoga bapa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Rehat lah pak. Kami akan menyusulmu kelak. Doakan kami ya pak.
Aku dah nak kahwin pak, tapi bapa pergi dulu :'( tidak sempat bapa melihat majlis perkahwinan ku hmm
3 budak comel
salam takziah buat awak sekeluarga :')
ReplyDeleteانّا للہ و انّا الیہ راجعون
ReplyDeleteSalam takziah pada keluarga Cik Yaanie sekeluarga.. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin solihin...
salam takziah buat cik yananie sekeluarga. semoga roh bapa berada bersama orang-orang beriman...
ReplyDeleteRules :
1. NO MAKIAN
2. NO LUCAH
3. NO IKLAN TAK SENONOH
4. NO MENCARUT
5. NO HINAAN
Nak nasihat sila berlembut okay?