Aku Dah Jadi Isteri Orang
Lamanya tidak update blog ni. Ada yang masih kenal yanie tak ni? Ka ada sudah yang lupa siapa yanie huhuhu. Sorry lah busy dengan life, busy dengan study, busy dengan banyak benda sampai ilham untuk mengarang tu sangaaaaaaaaaaaaaat jarang muncul. Tapi harini hujan lebat, dan cuti krismas pula so ada peluang curi masa sedikit untuk hadap laptop.
Harini nak share cerita pasal perkahwinan aku dgn Muhammad Ridzuan. Hehe 1st of all, syukur pd Allah sb berikan aku seorang lelaki yg sgt baik, sgt caring, sgt setia, sgt jujur dan bagiku lelaki sempurna dalam hdup aku. Wann aku saat jatuh bangun aku since 2013. Wann sentiasa ada di kala suka dan duka aku. Terima kasih Ya Allah.
Big thanks to my family sebab bertungkus-lumus menjayakan majlis kami dari akad nikah sampai la majlis bersanding. Semoga Allah balas jasa-jasa baik kamu. Especially my mom, walaupun tanpa arwah papa, mama sendiri urus majlis ni sampai berjaya. Terima kasih mama.
-----------------------------------------------------------
26 NOVEMBER 2019
Majlis Akad Nikah
Aku sah menjadi seorang isteri dan permaisuri hati kpd Muhammad Ridzuan bin Samsudin.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Setelah 6 tahun berkenalan, menjalinkan hubungan cinta, menjalani pelbagai dugaan ketika bertunang, akhirnya diikat dengan ikatan yg sah sbg suami isteri pada 26/11/2019.
Gembira, Takut, Cuak, Sedih, Risau semua perasaan ada masa hari akad nikah tu. Gembira sebab akhirnya aku kahwin juga dengan lelaki yang aku sayang, cintai sejak 6 tahun lalu. Sedih, sebab terpaksa berwalikan orang lain sb tiada ayah. Tapi alhamdulillah, syukur pada Allah, Dia permudahkan segala urusan kami dari la urusan nikah sampai urusan persandingan.
Ni nak share sikit gambar-gambar masa nikah
-----------------------------------------------------------
MAJLIS BERINAI
05 NOVEMBER 2019
Majlis berinai tempat lelaki
06 DECEMBER 2019
Majlis berinai tempat perempuan
THANKYOU SO MUCH MY GIRLS BAGI SURPRISE KEK FOR ME! (masa ni nasib la ramai org tgk kalau ndk mungkin banjir suda pelamin masa tu. Terharuuuuuuuuuuu sgt sgt. Syg jga kamu sama aku kannnn)
-----------------------------------------------------------
MAJLIS BERSANDING
07 DECEMBER 2019
Majlis bersanding sebelah perempuan
-----------------------------------------------------------
08 DECEMBER 2019
Majlis sanding sebelah lelaki
BIG THANKS TO THEM:
Baju jawa from Facebook : Enol Shamsul Alam Fungky
Busana pengantin dan pelamin from Facebook : D' NAZ Pengantin
HONEST REVIEW!!
Dari la bertunang sampai la berkahwin memang tempat dia ni ja la aku ambil pakej-pakej pelamin. Servis memang tiptop dan meletop. Harga murah dan mampu milik siap byk freegift dan diskaun lgi kalau rajin stalk page drg. Ba, siapa org Kota Kinabalu tu kalau mau usha pakej perkahwinan buli stalk fb tu ah.
Malam berinai tempat lelaki 05/12/2019
Malam berinai tempat perempuan 06/12/2019
Majlis sanding tempat perempuan 07/12/2019
Majlis sanding tempat lelaki 08/12/2019
Henna by Facebook : Hani Hamieza
Mua 07/12/19 by Facebook : Nur Syazwani
Makeup 08/12/19 by Facebook : D' NAZ Pengantin
6 budak comel
Wow, tahniahhhh, tahniahhhh! Semoga kekal bahagia sehingga jannahNYA ye!
ReplyDeleteCantikkkkkkkkkk di hari bahagiaaaaaa~
Thankyouuuuuuuuuuuuu :) Aamiin ya rabb <3
Deletemeriahhh! tahniah!
ReplyDeleteselamat pengantin baru..
selamat menjalani kehidupan berumahtangga.. =)
cantiknya yanie!! happy marriage amin! :D
ReplyDeleteThankyouuuuu :) Aaamiin Ya Rabb.
DeleteU guys look so pretty ^_^ seronok tgk kisah cinta org yg dah kenal sejak zaman sekolah, rasa comel gila hehe.
ReplyDeleteRules :
1. NO MAKIAN
2. NO LUCAH
3. NO IKLAN TAK SENONOH
4. NO MENCARUT
5. NO HINAAN
Nak nasihat sila berlembut okay?