Info : Wedding Preparation

by - 12.2.20

Assalamualaikum, harini anda sihat tak? Kalau tak sihat p jumpa doktor okay? Macam-macam penyakit bahaya sekarang ni kan so jaga diri okay? Terutama para bakal pengantin yang tarikh dah nak tiba tu. Bahaya kang time nikah/sanding rebah pengsan eh panik semua org hahaha *gurau ja*

Anda tiba-tiba rasa nak kahwin? Rasa dah bersedia nak jadi bini orang? Tapi bingung/keliru/celaru/tak tahu nak prepare apa? Haa, saya bagi tips dan info tentang persediaan nak kahwin tu macamana supaya tak serabut hehehe. Alhamdulillah, saya share mengikut pengalaman sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------

Bagi saya, saya kena bersedia paling lewat pun SETAHUN untuk rancang nak kahwin, nak bina rumahtangga, nak membina hidup bersama pasangan tersayang selamanya. Kena ada perancangan yang rapuh dan teliti! Maksudnya?

Ok contoh, kalau kamu nak kahwin, kena fikir tarikh paling kurang setahun/ 10-11 bulan daripada hari korang decide nak kahwin. Contoh tarikh harini 12 febuari, ha bincang lah dengan encik sayang pilih tarikh bulan 10 ka bulan 11 ka bulan 12 ka or tahun depan bulan 1 or bulan 2. 

Kenapa perlu rancang sampai lebih kurang setahun? Kahwin ni kena link banyak pihak. pihak pejabat agama, pihak photographer/videographer, pihak pelamin, katering/orang tukang masak, pihak karaoke, pihak dewan *(bagi yg kahwin di dewan*), pihak keluarga dua belah pihak, barang hantaran, tema pelamin, tema baju pengantin, tema baju keluarga, aktiviti semasa hari persandingan, tarikh2 sesuai untuk bernikah, malam berinai, berkhatam quran *(bagi yg nak buat khatam quran*), dan banyakkkk la benda kena fikir. Deposit pelamin/khemah/busana pengantin/photographer biasanya kena book awal sb takut tarikh yang korang nak tu FULLSLOT.


"Membazir la nak kena tempah banyak benda mcmtu"

Ops jangan silap. Ada ja orang kahwin mcm MEWAH tapi bajet low cost. Haaaa sebab tu kena prepare betul-betul, servay betul-betul pakej murah. Kalau kau tempah 3 bulan sebelum MEMANG KAW-KAW la dorang cas! Hahahahahahahaha.

1st thing 1st, korang berdua dengan pasangan kena la p ambik KURSUS KAHWIN kalau nak kahwin sebab nanti nak isi borang nikah kena sertakan SIJIL PRA-KURSUS PERKAHWINAN. Apa itu sijil pra-kursus perkahwinan? Ni dia rujuk gambar dekat bawah



Kalau dekat sabah, mana nak daftar kursus kahwin? P wisma muis tingkat 2, cari ofis "Mawaddah". Datang sana bawa RM100 sorang, so total RM200 untuk dua orang dan cakap nak daftar kursus kahwin. Pilih tarikh sesuai sebab kursus ni 2 hari (Sabtu & Ahad) so apply cuti kalau yg bekerja hari Sabtu okay?

Then, selesai ambik kursus kahwin, p pejabat agama negeri masing-masing beli BORANG KEBENARAN BERKAHWIN yang berharga RM5 satu, so beli dua satu untuk uols satu lagi untuk pasangan. Yes, dua-dua kena ada borang sb yang berkahwin kan korang berdua hahahaha. So tanya dkt kaunter tu APA-APA benda perlu buat supaya lengkap prosedur untuk bernikah tu okay? Lain negeri lain kot prosedur. Rujuk pejabat agama masing-masing.

Image result for borang nikah sabah

Ni contoh borang kebenaran kahwin untuk NEGERI SABAH.


Kepada yang anak angkat, takda wali, boleh rujuk pejabat agama masing-masing sebab kena berurusan pulak dengan Pejabat Syariah untuk prosedur mohon tukar wali/wali raja/wali hakim sebab KAHWIN NI BUKAN MAIN REMBAT JA WALI MCM CARI SAKSI OK? Haaa, sebab tu penting persediaan awal berapa bulan sebelum PILIH TARIKH KAHWIN okay? Tapi, borang ni valid sebulan/dua bulan/tiga bulan ja kot dari tarikh korang nak kahwin. (Lebih info sila rujuk pejabat agama ya)

Banyak kena urus tauu, cop sah ic, kena p buat ujian HIV dan kena booking imam. So sebelum nak kahwin, list dahulu benda-benda penting mcmni. Boleh ja risik-risik harga pakej2 kahwin. Xpayah dahulukan pelaminan kalau borang2 ni semua tak lengkap. Kang pelamin semua dah tempah tetiba ada masalah dengan borang haaa sudah hahahahahahahaha.

SELEPAS DAH SELESAI BORANG, alhamdulillah boleh la cari-cari pelamin, busana, photographer yang korang risik-risik tu. Dan tentukan lah tarikh yang sesuai dan buat lah DEPOSIT untuk book SLOT. Takut takda slot haaa melepas.

And then, dalam pada masa mau mendirikan rumahtangga, elak la berjumpa terlalu kerap dengan bakal suami tu. Jaga hati, jaga iman, jaga mata masing-masing. Doa la banyak-banyak agar di permudahkan segala urusan, doa banyak-banyak agar dia la JODOH yang terbaik buat kita (terutama utk yang sudah lama berkenal dengan pasangan, elok la rasanya kahwin kalau dah rasa serasi dan sesuai okay?) Di sini lah kena banyak perah otak fikir masak-masak 

"dia lah pilihan aku?"

"betul ka aku dah bersedia mau pikul 1 tanggungjawab besar?"

"betul kah aku telah bersedia untuk menjalani kehidupan dengan pasangan sampai akhir hayat?"


Paling penting, ELAKKAN bergaduh di saat-saat akhir nak ke alam perkahwinan. Jaga mulut, jaga emosi. Penting tau! Kadang masalah kecil pun jadi punca semua hancur. Syaitan mana ja kan mau manusia membina masjid? Nahh, pandai-pandai la okay jaga emosi tu. Mmg, saya akui, saya pun sangat emosi masa dekat2 tarikh nak kahwin. Allahu, mau lawan emosi tu macam tengah tahan arus sungai yang kuat woi. Betul tak tipu hahahahaha. 

Kepada pasangan di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, 1st thing 1st dahulukan agama. Niat tu kena betul. Okay? Selamat mendirikan rumahtanga kpd yang bakal berkahwin. Dan semoga jumpa jodoh yang baik-baik untuk sesiapa yang masih tengah mencari pasangan hidup.

Semoga entry kalini dapat membantu. Yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk datangnya daripada saya. Sekian. Terima kasih.


LEPAS NI KITA SHARE TENTANG CARA PEMILIHAN PELAMIN, TEMA, BUSANA, PHOTOGRAPHER DAN BAJET UNTUK KAHWIN PULA YA. TUNGGU NEXT ENTRY. ON TAK ON?

You May Also Like

2 budak comel

  1. betul² .. kadang-kadang dah well planning pun rasa macam miss sana sini. ^^

    ReplyDelete

Rules :

1. NO MAKIAN
2. NO LUCAH
3. NO IKLAN TAK SENONOH
4. NO MENCARUT
5. NO HINAAN


Nak nasihat sila berlembut okay?