• Home
  • Author
  • Exchange Link
  • Tips
  • Early Childhood Education
facebook twitter instagram Youtube

Puan Yaanie

Lamanya tidak update blog ni. Ada yang masih kenal yanie tak ni? Ka ada sudah yang lupa siapa yanie huhuhu. Sorry lah busy dengan life, busy dengan study, busy dengan banyak benda sampai ilham untuk mengarang tu sangaaaaaaaaaaaaaat jarang muncul. Tapi harini hujan lebat, dan cuti krismas pula so ada peluang curi masa sedikit untuk hadap laptop.


Harini nak share cerita pasal perkahwinan aku dgn Muhammad Ridzuan. Hehe 1st of all, syukur pd Allah sb berikan aku seorang lelaki yg sgt baik, sgt caring, sgt setia, sgt jujur dan bagiku lelaki sempurna dalam hdup aku. Wann aku saat jatuh bangun  aku since 2013. Wann sentiasa ada di kala suka dan duka aku. Terima kasih Ya Allah.

Big thanks to my family sebab bertungkus-lumus menjayakan majlis kami dari akad nikah sampai la majlis bersanding. Semoga Allah balas jasa-jasa baik kamu. Especially my mom, walaupun tanpa arwah papa, mama sendiri urus majlis ni sampai berjaya. Terima kasih mama.

-----------------------------------------------------------

26 NOVEMBER 2019

Majlis Akad Nikah

Aku sah menjadi seorang isteri dan permaisuri hati kpd Muhammad Ridzuan bin Samsudin.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Setelah 6 tahun berkenalan, menjalinkan hubungan cinta, menjalani pelbagai dugaan ketika bertunang,  akhirnya diikat dengan ikatan yg sah sbg suami isteri pada 26/11/2019.

Gembira, Takut, Cuak, Sedih, Risau semua perasaan ada masa hari akad nikah tu. Gembira sebab akhirnya aku kahwin juga dengan lelaki yang aku sayang, cintai sejak 6 tahun lalu. Sedih, sebab terpaksa berwalikan orang lain sb tiada ayah. Tapi alhamdulillah, syukur pada Allah, Dia permudahkan segala urusan kami dari la urusan nikah sampai urusan persandingan.

Ni nak share sikit gambar-gambar masa nikah


Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Image may contain: 9 people, including Sam Roji, Parmiam Junis, Herwin Rasis, Muhammad Ridzuan, Puan Yanie, Wahleyam Parlitat and Norzie Marliny, people smiling, people standing, wedding and indoor


-----------------------------------------------------------

MAJLIS BERINAI 

05 NOVEMBER 2019

Majlis berinai tempat lelaki



06 DECEMBER 2019

Majlis berinai tempat perempuan







THANKYOU SO MUCH MY GIRLS BAGI SURPRISE KEK FOR ME! (masa ni nasib la ramai org tgk kalau ndk mungkin banjir suda pelamin masa tu. Terharuuuuuuuuuuu sgt sgt. Syg jga kamu sama aku kannnn)

-----------------------------------------------------------

MAJLIS BERSANDING

07 DECEMBER 2019

Majlis bersanding sebelah perempuan




-----------------------------------------------------------

08 DECEMBER 2019

Majlis sanding sebelah lelaki




BIG THANKS TO THEM:

Baju jawa from Facebook : Enol Shamsul Alam Fungky




Busana pengantin dan pelamin from Facebook : D' NAZ Pengantin

HONEST REVIEW!!
Dari la bertunang sampai la berkahwin memang tempat dia ni ja la aku ambil pakej-pakej pelamin. Servis memang tiptop dan meletop. Harga murah dan mampu milik siap byk freegift dan diskaun lgi kalau rajin stalk page drg. Ba, siapa org Kota Kinabalu tu kalau mau usha pakej perkahwinan buli stalk fb tu ah.


Image may contain: flower and indoor

Malam berinai tempat lelaki 05/12/2019

No photo description available.

Malam berinai tempat perempuan 06/12/2019

Image may contain: table, plant and indoor

Majlis sanding tempat perempuan 07/12/2019


Majlis sanding tempat lelaki 08/12/2019

Henna by Facebook : Hani Hamieza



Mua 07/12/19 by Facebook : Nur Syazwani




Makeup 08/12/19 by Facebook : D' NAZ Pengantin




Share
Tweet
6 budak comel





To my bestfriends,
one day nanti kita akan melalui fasa "masing-masing dengan haluan masing2"
one day nanti kita akan jarang-jarang bertemu, jarang-jarang dapat meluangkan masa, jarang-jarang dapat keluar berjalan enjoy2 movie or makan-makan macam di zaman kolej.
one day lepas habis diploma ni masing-masing akan dengan haluan masing2, ada antara kita akan kahwin, akan sambung belajar or akan bekerja.

Bila "ONE DAY" itu nanti tiba, harap kita masih saling mengingati each other.
 Bila ONE DAY itu nanti tiba, hope kita masih jalinkan persahabatan ini yg kita bina since 2017. 
Bila ONE DAY itu nanti tiba, harap kita masih contact dan meluangkan masa bersama jika ada kelapangan masa.
Bila ONE DAY itu nanti tiba, berharap kita masih saling syg dan tidak melupakan antara satu sama lain.

I love you so much guys. Thankyou sudi berkawan dengan saye.
Share
Tweet
4 budak comel

24 JANUARI 2019

Allah telah menjemput arwah bapa kembali ke pangkuan-Nya. Kami sekeluarga seperti di hempap batu besar ketika mendapat tahu bapa telah tiada. 

Pada tengahri itu, bapa sedang bekerja dan kemudian memeritahu pekerja nya bahawa dia sakit dada dan meminta utk berehat seketika. Pak guard nampak bapa seperti baring dan sudah terlalu lama baring tidak bergerak. Staff di tempat bapa kerja pergi cek dan terus membawa bapa ke hospital. Belum pun sempat ke hospital, bapa telah menghembus nafas terakhir dalam kereta ketika dalam sedang perjalanan ke hospital :'(

Abang ipar  dan mama bergegas ke hospital selepas diberitahu oleh pekerja bapa. Abg ipar call saya dan memberitahu bapa sudah pun meninggal. Telinga seakan pekak mendengar berita pahit itu. Sungguh, kaku diri ini mendengar ayat "meninggal" itu. Allahu, masih segar dalam ingatan kali terakhir melihat muka bapa yang tidak sedarkan diri. Tidur sambil senyum namun tidak akan bangun semula selamanya :'(

pa

Luluh hati lihat mata mama bengkak sebab tidak berhenti menangis. Menitis airmataku melihat mama buatkan kopi kesukaan arwah bapa. Gugur semangar melihat buka tutup alas muka arwah bapa ketika berjaga, mama baring di sisi jenazah bapa dan meminta izin untuk tidur bersama jenazah untuk kali yang terakhir. Terluka hatiku melihat mama balik-balik menicum kaki arwah bapa meminta ampun. YA Allah, kau berikan lah aku dan keluarga ku kekuatan untuk menjalanan hidup ini Ya Allah. Ya Allah peliharalah ibuku. Kembalikan senyuman di bibir ibu ku.

Sehingga kini,

Masih terbayang tubuh mu di timbus tanah itu pak. Masih terbayang jenazahmu dimandikan dan disolatkan. Rebah tubuhku melihat bapa sendiri yang di kebumikan. Allah, hanya Engkau yang tahu betapa diri ini lemah menerima hakikat ini.

Duhai arwah bapa ku, aku doakan engkau tenang di sana. Aku doakan semoga bapa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Rehat lah pak. Kami akan menyusulmu kelak. Doakan kami ya pak.

Aku dah nak kahwin pak, tapi bapa pergi dulu :'( tidak sempat bapa melihat majlis perkahwinan ku hmm
Share
Tweet
3 budak comel
Newer Posts
Older Posts

FOLLOWERS

JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

CHATBOX

Jom tinggalkan jejak anda di sini.

FOLLOW ME HERE

  • facebook
  • twitter
  • youtube

SEJARAH KEHIDUPAN

  • ►  2021 (2)
    • ►  January 2021 (2)
  • ►  2020 (5)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (1)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  February 2020 (2)
  • ▼  2019 (3)
    • ▼  December 2019 (1)
      • Aku Dah Jadi Isteri Orang
    • ►  June 2019 (1)
      • Dear Bestfriends
    • ►  February 2019 (1)
      • AYAH pergi meninggalkan kami :'(
  • ►  2017 (2)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)

Created with by ThemeXpose