• Home
  • Author
  • Exchange Link
  • Tips
  • Early Childhood Education
facebook twitter instagram Youtube

Puan Yaanie

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan 2020.


 
Beberapa hari ni selalu rasa tak sedap badan, selalu rasa pening, cpt penat and susah betul nak tidur malam. Setiap malam mula pkul 11 sampai la sahur mesti rasa mual tak sedap bdn haihh. 


Alhamdulillah, haritu adalah simptom-simptom terasa mcm pregnant hahaha pastu kakak aku dgn mak aku pula duk pressure suruh buat UTP test ish hahaha. Mula tu aku deny juga la tak pregnant just xsihat badan aje. But bila fikir balik, kenapa aku nak muntah bau masakan ttba ni kan..... tetttt bila beli testt tu "DUA GARIS MERAH". hahaha nak excited sgt tak boleh sb masih was-was.


Ni reaksi husband masa aku bagitau haha. Ohya, aku dekat rumah mak masa ni dia dkt rumah la so LDR kejap. Aku test ni masa dkt rumah mama hahahaha *tak reti nk surprise sb jenis x menyabo nak bagitau husband.

ALHAMDULILLAH, dh pergi klinik untuk kepastian and aku POSITIF MENGANDUNG.
Doakan aku dgn baby sihat okay? Now dah masuk 7 weeks alhamdulillah. Aku mual 24/7 OKAY!! 

Share
Tweet
3 budak comel
Hi korang, since PKP ni yanie rasa berat badan naik mendadak lah haha. Setiap jam ada saja suara-suara mengajak intai-intai dapur. Setiap hari berkali-kali makan.

Breakfast 8-9 pagi
Minum pagi 10-11 pagi
Makan tengahari 12-1 ptg
Minum petang 3-4 ptg
Makan malam 8-9 malam
Minum malam 9-10 malam

hmm tak tau la. Last timbang berat, 54.5KG ni musim PKP dah hampir 1 bulan maybe otw 60KG uwarghhh helpppp! hahahaha

BACK TO MAIN TOPIC

ok haritu, pergi jalan-jalan Langkawi dengan husband dan keluarga mertua. Last pergi pun masa convo kak ipar tahun 2018, di Uitm Penang pastu berkesempatan la masuk Langkawi kejap (pergi balik ja sewa kereta sehari pastu jalan-jalan round area Langkawi dekat-dekat ja).

Kalini special sikit sb datang dah berstatus kahwin, tahun 2018 masih status bujang. Terima kasih makcik suami sponsor "late honeymoon" kiteorg haha. Syukur alhamdulillah. Yanie share sedikit perjalanan ke sana. 

JOURNEY BEGIN

Kiteorg fly 13 March 2020 yes dah saat-saat genting PKP Covid masa ni (tapi blm perintah berkurung lagi la). Fly dari KKIA SABAH pukul 9.30 malam and sampai dekat KLIA1 dekat pukul 12 lebih malam. Then, rehat kejap dekat KLIA1 , makan-makan lepastu gerak ke Jeti Kuala Perlis!! Haaaaa dalam lebih kurang 8-9 jam jugak perjalanan ke jeti Kuala Perli masa tu sb banyak singgah RNR tu jadi lamaa. (Kematu bontot masing2 dlm kereta, dah lah 10 orang sumbat sekali dalam ALZA. Ye! ALZA).

Sampai dekat Jeti pulak, aduhh air surut so kena tunggu la tiket feri pukul 2 bagi naik air laut. Semua dengan belum mandi, x gosok gigi lagi hahaha terus sewa motel sementara tunggu pukul 2. Tidur-tidur ayam ja sb motel kecik and aircond x sejuk. Sampai dekat Langkawi, urus kereta sewa pula, kalini ambil Avanza so ada luas sikit berbanding Alza la. Then terus ke homestay dekat Taman Wawasan Indah , berdekatan dengan Nasi Campur Kak Yan yang pemes kat sana. Restoran tu makanan semuaa sedapp.

Kami dekat Langkawi sampai 15 ja, 16 March tu dah gerak ke KL. 8 jam lagi haha. Pastu stay dkt Puchong dengan sorang keluarga mertua lelaki. Plan asal nak jalan-jalan dekat KL tapi at last berkurung sb PKP. Then, fly balik Sabah sebenarnya 20 March tapi di tunda sb PKP dan finally dapat tarikh baru fly balik Sabah 25 March dan kami sekeluarga telah pn membuat pemeriksaan dan kuarantin diri sendiri dan alhamdulillah kami sekeluarga sihat-sihat sahaja. (Pengalaman stuck di KL sb penerbangan di hentikan seketika)



PULAU BERAS BASAH



TASIK DAYANG BUNTING





Perghhh, longgar segala skru lutut sb daki bukit untuk sampai ke tasik dayang bunting ni hadoii (rasanya baru kan, dulu benda main2 ni takda. so try la mengayuh "itik" tapi husband x bagi kayuh, dia yg kayuh sendiri aku hanya menikmati pemandangan hahahaha) 

LANGKAWI SKYBRIDGE






3D ART












Dah lah k bai. Byk tempat jugak singgah, Pantai Chenang, Hj Ismail Mall dan Telaga Habour tu tapi takda ambik gambar sangat sebab kepenatan haha singgah kejap tgk-tgk pastu blah. Sekian, stay safe guys.
Share
Tweet
No budak comel
Image result for assalamualaikum png

Allahuakbar! Allahuakbar!
Sekarang musim penyakit virus Covid-19 kan. Semoga semuanya baik-baik sahaja k uols? Jangan degil perintah untuk kuarantin diri dalam rumah. Sejak 18Mac sampai 31Mac ni arahan untuk berkurung dalam rumah ni ramai rakyat kita ambil remeh tak peduli pun arahan ni.

TAHU TAK KENAPA ARAHAN NI DIKELUARKAN? Korang ingat saja-saja ka orang buat? Ini adalah satu cara untuk elakkan negara kita jadi spt negara lain yg sedang DARURAT! Tapi masih ada manusia bodoh sombong xmau dengar. Haihh.

Yg degil ni mesti tak kena kat batang hidung dia lagi kan? Tahu knp makin hari makin ramai positif COVID? Cuba selidik kenapa. SEBAB dieorg ada contact dengan org2 yg POSITIF COVID! Kalau uols ikt arahan, In Shaa Allah penyakit tu akan berkurang.

TOLONG JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN.
TOLONG LIHAT SEMUA KAKI TANGAN HOSPITAL YG BERTUNGKUS LUMUS MELAWAN COVID-19 SB NAK MERAWAT ORG2 YANG TERKENA JANGKITAN NI.

BUKA MATA KORANG LUAS-LUAS PLEASE. JANGAN BODOH PASTU SOMBONG.

Semoga kita semua dijauhkan penyakit covid ni. Sentiasa la dekatkan diri dgn Allah dan jangan lupa berdoa yg baik-baik. 

Korang xsedih ka dah takda Jemaah untuk solat jumaat?
Korang x sedih ka nanti dah xda bazaar Ramadhan dan Terawih?
Korang x sedih ka nanti dah xda solat Aidilfitri di pagi Syawal?

Semoga semua ini akan berakhir secepat mungkin. Aaamiin. Mari sama-sama aminkan.
Share
Tweet
No budak comel
Assalamualaikum, harini anda sihat tak? Kalau tak sihat p jumpa doktor okay? Macam-macam penyakit bahaya sekarang ni kan so jaga diri okay? Terutama para bakal pengantin yang tarikh dah nak tiba tu. Bahaya kang time nikah/sanding rebah pengsan eh panik semua org hahaha *gurau ja*

Anda tiba-tiba rasa nak kahwin? Rasa dah bersedia nak jadi bini orang? Tapi bingung/keliru/celaru/tak tahu nak prepare apa? Haa, saya bagi tips dan info tentang persediaan nak kahwin tu macamana supaya tak serabut hehehe. Alhamdulillah, saya share mengikut pengalaman sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------

Bagi saya, saya kena bersedia paling lewat pun SETAHUN untuk rancang nak kahwin, nak bina rumahtangga, nak membina hidup bersama pasangan tersayang selamanya. Kena ada perancangan yang rapuh dan teliti! Maksudnya?

Ok contoh, kalau kamu nak kahwin, kena fikir tarikh paling kurang setahun/ 10-11 bulan daripada hari korang decide nak kahwin. Contoh tarikh harini 12 febuari, ha bincang lah dengan encik sayang pilih tarikh bulan 10 ka bulan 11 ka bulan 12 ka or tahun depan bulan 1 or bulan 2. 

Kenapa perlu rancang sampai lebih kurang setahun? Kahwin ni kena link banyak pihak. pihak pejabat agama, pihak photographer/videographer, pihak pelamin, katering/orang tukang masak, pihak karaoke, pihak dewan *(bagi yg kahwin di dewan*), pihak keluarga dua belah pihak, barang hantaran, tema pelamin, tema baju pengantin, tema baju keluarga, aktiviti semasa hari persandingan, tarikh2 sesuai untuk bernikah, malam berinai, berkhatam quran *(bagi yg nak buat khatam quran*), dan banyakkkk la benda kena fikir. Deposit pelamin/khemah/busana pengantin/photographer biasanya kena book awal sb takut tarikh yang korang nak tu FULLSLOT.


"Membazir la nak kena tempah banyak benda mcmtu"

Ops jangan silap. Ada ja orang kahwin mcm MEWAH tapi bajet low cost. Haaaa sebab tu kena prepare betul-betul, servay betul-betul pakej murah. Kalau kau tempah 3 bulan sebelum MEMANG KAW-KAW la dorang cas! Hahahahahahahaha.

1st thing 1st, korang berdua dengan pasangan kena la p ambik KURSUS KAHWIN kalau nak kahwin sebab nanti nak isi borang nikah kena sertakan SIJIL PRA-KURSUS PERKAHWINAN. Apa itu sijil pra-kursus perkahwinan? Ni dia rujuk gambar dekat bawah



Kalau dekat sabah, mana nak daftar kursus kahwin? P wisma muis tingkat 2, cari ofis "Mawaddah". Datang sana bawa RM100 sorang, so total RM200 untuk dua orang dan cakap nak daftar kursus kahwin. Pilih tarikh sesuai sebab kursus ni 2 hari (Sabtu & Ahad) so apply cuti kalau yg bekerja hari Sabtu okay?

Then, selesai ambik kursus kahwin, p pejabat agama negeri masing-masing beli BORANG KEBENARAN BERKAHWIN yang berharga RM5 satu, so beli dua satu untuk uols satu lagi untuk pasangan. Yes, dua-dua kena ada borang sb yang berkahwin kan korang berdua hahahaha. So tanya dkt kaunter tu APA-APA benda perlu buat supaya lengkap prosedur untuk bernikah tu okay? Lain negeri lain kot prosedur. Rujuk pejabat agama masing-masing.

Image result for borang nikah sabah

Ni contoh borang kebenaran kahwin untuk NEGERI SABAH.


Kepada yang anak angkat, takda wali, boleh rujuk pejabat agama masing-masing sebab kena berurusan pulak dengan Pejabat Syariah untuk prosedur mohon tukar wali/wali raja/wali hakim sebab KAHWIN NI BUKAN MAIN REMBAT JA WALI MCM CARI SAKSI OK? Haaa, sebab tu penting persediaan awal berapa bulan sebelum PILIH TARIKH KAHWIN okay? Tapi, borang ni valid sebulan/dua bulan/tiga bulan ja kot dari tarikh korang nak kahwin. (Lebih info sila rujuk pejabat agama ya)

Banyak kena urus tauu, cop sah ic, kena p buat ujian HIV dan kena booking imam. So sebelum nak kahwin, list dahulu benda-benda penting mcmni. Boleh ja risik-risik harga pakej2 kahwin. Xpayah dahulukan pelaminan kalau borang2 ni semua tak lengkap. Kang pelamin semua dah tempah tetiba ada masalah dengan borang haaa sudah hahahahahahahaha.

SELEPAS DAH SELESAI BORANG, alhamdulillah boleh la cari-cari pelamin, busana, photographer yang korang risik-risik tu. Dan tentukan lah tarikh yang sesuai dan buat lah DEPOSIT untuk book SLOT. Takut takda slot haaa melepas.

And then, dalam pada masa mau mendirikan rumahtangga, elak la berjumpa terlalu kerap dengan bakal suami tu. Jaga hati, jaga iman, jaga mata masing-masing. Doa la banyak-banyak agar di permudahkan segala urusan, doa banyak-banyak agar dia la JODOH yang terbaik buat kita (terutama utk yang sudah lama berkenal dengan pasangan, elok la rasanya kahwin kalau dah rasa serasi dan sesuai okay?) Di sini lah kena banyak perah otak fikir masak-masak 

"dia lah pilihan aku?"

"betul ka aku dah bersedia mau pikul 1 tanggungjawab besar?"

"betul kah aku telah bersedia untuk menjalani kehidupan dengan pasangan sampai akhir hayat?"


Paling penting, ELAKKAN bergaduh di saat-saat akhir nak ke alam perkahwinan. Jaga mulut, jaga emosi. Penting tau! Kadang masalah kecil pun jadi punca semua hancur. Syaitan mana ja kan mau manusia membina masjid? Nahh, pandai-pandai la okay jaga emosi tu. Mmg, saya akui, saya pun sangat emosi masa dekat2 tarikh nak kahwin. Allahu, mau lawan emosi tu macam tengah tahan arus sungai yang kuat woi. Betul tak tipu hahahahaha. 

Kepada pasangan di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, 1st thing 1st dahulukan agama. Niat tu kena betul. Okay? Selamat mendirikan rumahtanga kpd yang bakal berkahwin. Dan semoga jumpa jodoh yang baik-baik untuk sesiapa yang masih tengah mencari pasangan hidup.

Semoga entry kalini dapat membantu. Yang baik datangnya daripada Allah swt, yang buruk datangnya daripada saya. Sekian. Terima kasih.


LEPAS NI KITA SHARE TENTANG CARA PEMILIHAN PELAMIN, TEMA, BUSANA, PHOTOGRAPHER DAN BAJET UNTUK KAHWIN PULA YA. TUNGGU NEXT ENTRY. ON TAK ON?
Share
Tweet
3 budak comel


Assalamualaikum,
entry kalini berunsur PROMOTE haha.


Saya nak minta semua "subscribes" youtube channel saya kalau sudi hehe. Al-maklumlah baru berjinak nak jadi youtuber. Content dalam youtube channel saya takda apa pun yang special just more kepada concept "apa yang saya terfikir nak buat video, itulah isi video yg saya akan buat" a.k.a "random"

So jom letak link YOUTUBE CHANNEL korang dekat komen/chatbox supaya saya boleh SUBSCRIBES youtube channel anda juga!

Thankyou



TEKAN BANNER KALAU NAK SUBSCRIBES
Share
Tweet
9 budak comel
Newer Posts
Older Posts

FOLLOWERS

JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

CHATBOX

Jom tinggalkan jejak anda di sini.

FOLLOW ME HERE

  • facebook
  • twitter
  • youtube

SEJARAH KEHIDUPAN

  • ►  2021 (2)
    • ►  January 2021 (2)
  • ▼  2020 (5)
    • ▼  May 2020 (1)
      • Ibu to be...
    • ►  April 2020 (1)
      • Jalan-Jalan Langkawi
    • ►  March 2020 (1)
      • #StayAtHome #StaySafe #EndCovid-19
    • ►  February 2020 (2)
      • Info : Wedding Preparation
      • Baru berjinak dalam dunia "Youtuber"
  • ►  2019 (3)
    • ►  December 2019 (1)
    • ►  June 2019 (1)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2017 (2)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)

Created with by ThemeXpose